Gerhana Bulan Esok (4.4.2015)
Pada hari Sabtu ini, 4 April 2015, akan berlaku
sekali lagi fenomena Gerhana Bulan Penuh, yang dapat dilihat oleh kita
di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Mungkin ramai yang mempunyai
pertanyaan yang masih terngiang-ngiang dalam hati, yang mahu tahu
jawapan secepat/seringkas yang mungkin.
Artikel ini bertujuan memenuhi situasi tersebut. Mudah-mudahan ia dapat membantu.
Bilakah gerhana bulan 4 April ini akan bermula?
Secara tepatnya, gerhana ini akan bermula pada jam 5.01 petang. Bulan ketika itu baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil penumbra. Pada jam 6.15 pm, ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra, Pada jam 7.57 pm, Bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra, menandakan bermulannya fasa gerhana penuh.
Pada jam 8.00 pm, ia berada di puncak gerhana. Selang 2 minit kemudian, iaitu jam 8.02 pm, ia mula bergerak keluar dari bayang-bayang umbra. Pada jam 9.44 pm, bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, tetapi masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam10.58 pm, yang mana secara rasminya, bulan telah pun keluar sepenuhnya dari kawasan bayang-bayang bumi penumbra.
jom sama2 saksikan
BalasPadamJgn lupa sembahyang gerhana bulan malam ini ..
BalasPadam