Kehadiran Ustaz Kazim Ke Pangkalan TLDM Lumut (18.5.2015)

Lumut, 18 Apr 15 - Sempena Sambutan Hari TLDM Ke–81, satu majlis Ceramah Perdana telah diadakan bertempat di Padang A16, Pangkalan TLDM Lumut. Program ini telah menampilkan penceramah undangan yang terkenal di Negeri Perak iaitu al Fadhil Dato’ Ustaz Muhammad Kazim bin Elias al Hafiz yang mengupas tajuk berkaitan ‘Indahnya Hidup Beragama’. Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan isteri, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima Tentera Laut dan Puan Sri, panglima-panglima dan isteri serta tetamu jemputan dan lebih lapan ribu warga TLDM, keluarga dan masyarakat setempat. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Caliph dari KD PELANDOK dan persembahan Qasidah, Selawat oleh Kumpulan Al Barokah dan As Sohabah.
1   2
 Kumpulan Caliph menyanyikan lagu nasyid dengan amat syahdu  Persembahan Qasidah, Selawat oleh Kumpulan Al Barokah
dan As Sohabah
Ceramah Indahnya Hidup Beragama disampaikan dengan objektif utama bagaima untuk menjadi insan berkualiti dalam kehidupan seharian. Ternyata ceramah yang disampaikan telah menarik perhatian dan mencapai objektif penganjuran majlis di kalangan warga TLDM. Semoga program sebegini mampu memberi kekuatan spiritual kepada warga untuk lebih bersiap siaga dalam menghadapi apa jua cabaran. Diharap dengan pendedahan dalam ceramah ini dapat membantu semua warga TLDM dalam memahami dengan lebih jelas tentang keistimewaan dan keindahan hidup beragama. Program sebegini juga dharap mampu memberi pendedahan ilmu serta perkongsian maklumat keagamaan dan mengeratkan jalinan ukhwah dikalangan warga TLDM dan masyarakat setempat.
 3 4 
Sesi Bergambar bersama tetamu Ceramah disampaikan Al Fadhil Dato’ Ustaz Kazim banyak
memberi manfaat dan ilmu yang berguna
 5  6
Ahli keluarga warga pangkalan turut hadir memeriahkan ceramah

Ulasan

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular