Jamuan bersilih ganti. Masak setiap hari. Kuali pun dah naik
legam. Jika anda ingin putihkan pandangan anda terhadap kuali yang
melekat di dinding, ana ada rahsianya. Tak perlu produk mahal pun!
Serbuk Soda
Bukan mudah untuk menanggalkan kesan hangus pada dalam atau luar
periuk. Jika disental kuat, akan terhakis pula. Memasukkan sedikit
serbuk soda bersama air dan dibiar semalaman membantu menanggalkan kesan
hangus pada periuk. Anda tidak perlu menyental periuk anda lagi.
Air Cola

Ini mungkin berita baik buat anda yang gemar membuat karamel atau gula
hangus. Masalah gula hangus yang melekat pada periuk dapat diatasi
dengan menuang sedikit air cola. Hal ini kerana air cola bersifat asidik
yang tinggi dan bayangkan bagaimana ia boleh merosakkan gigi anda pula.
Krim Tartar

Biasanya, anda menggunakan krim tartar untuk menghasilkan kek yang gebu
dan kembang. Sebenarnya, kandungan potasium hidroxide dan asid tartar
mampu membantu membersihkan kuali dengan lebih mudah. Anda hanya perlu
rendam bersama air semalaman di dalam periuk yang mahu dibersihkan.
Garam & Limau


Biarkan gabungan dua bahan ini bersatu untuk beberapa minit di dalam
bekas yang ingin anda bersihkan. Bukan saja mampu menanggalkan kesan
hangus tetapi mampu membuang minyak yang sukar dibersihkan.
Garam

Didihkan air bersama garam untuk menanggalkan kesan masakan yang hangus
melekat pada kuali. Kemudian gosok menggunakan senduk kayu. Jika kurang
berjaya, biarkan untuk beberapa jam. Kekotoran degil akan tertanggal
dengan sendiri.
Sos Tomato

Memandangkan sos tomato bersifat asidik semulajadi, ia boleh membantu
menanggalkan kesan hangus apabila anda memasak. Tidak kisah sama ada
tomato di dalam tin ataupun tomato segar yang dihancur, biarkan
semalaman dan ia serba sedikit membantu.
Cuka

Cuka mengandungi asid asetik yang mampu membantu menghapuskan makanan
hangus yang melekat pada kuali. Tuang cuka bersama air dan didihkan
untuk beberapa minit. Ia bukan saja menanggalkan kesan degil tetapi jika
anda didih tanpa menutup periuk, cuka akan bertindak sebagai penyahbau
di dalam rumah anda! Menarik bukan?
Mengapa perlu bersusah-payah membeli produk yang mahal-mahal sehingga
boleh memberi kesan kasar pada tapak tangan? Kami percaya bahan di atas
mudah didapati dari rumah anda. Yang penting, ia lebih mesra alam dan
tak perlu modal banyak.
great piece of sharing...
ReplyDelete