Kerja Sebagai Ibadah



PENDAHULUAN
 
Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang Muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki oleh syarak.

DEFINISI
 
Kerja bermaksud “Kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.
Ibadah bermaksud “Kepatuhan dan ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya”.
Kerja sebagai ibadah bermaksud “ Tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah”. . 

TUJUAN BEKERJA

1.Tuntutan di dalam Islam.
2. Untuk mendapat rezeki kurniaan Allah
3. Sebagai mekanisme untuk memakmurkan muka bumi. 

AYAT AL-QURAN MENGENAI TUNTUTAN BEKERJA

Surah at-Taubah ayat 105 bermaksud;
“Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.
Surah al-Jumuah ayat 10 bermaksud;
“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat). 

KERJA DI KATEGORI SEBAGAI IBADAH 

1. Apabila bekerja untuk keperluan diri. Sabda Rasulullah yang bermaksud; “ Jika seseorang di antara kamu pada tengahari mengambil kayu di belakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adlah lebih baik baginya dari meminta-minta kepada orang lain samada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, mulailah daripada yang terdekat”.
2. Bekerja untuk keperluan keluarga. Rasulullah saw bersabda bermaksud; “ Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mukmin yang bekerja” Sambungan
3. Bekerja untuk keperluan masyarakat. Tidak semua manusia mempunyai kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud “ Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui”.
4. Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah. Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubung kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia di dunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan di muka bumi ini. Sambungan 

CIRI-CIRI KERJA DIANGGAP IBADAH

1.Niat kerana Allah.
2. Berteraskan iman dan taqwa.
3. Tidak meninggalkan yang wajib.

4. Mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat. 

KERJA DIANGGAP IBADAH APABILA....

Pekerjaan itu adalah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syarak. Pekerjaan yang disertakan dengan niat dan diredhai Allah. Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh. Pekerjaan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab. Menghasilkan kerja yang berkualiti.

APABILA PERKARA DI ATAS TERCERNA
 
1. Menerima 3 jenis balasan;
a. Mendapat balasan dalam bentuk material.
b. Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan.
c. Mendapat pahala di akhirat kelak.
2. Ia akan dirangsang dengan kuat untuk bekerja.
3. Ia akan menjadi seorang yang proaktif, berdisiplin dan boleh dipercayai.
4. Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara yang tidak bermoral.
5. Ia akan menjadi pekerja yang berprestasi tinggi. Sambungan 

TUNTUTAN PENTING DALAM MENJADIKAN KERJA SEBAGAI IBADAH

1. Niat Ikhlas Kerana Allah Ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.
2. al-Sidq (Benar) Ia akan menjamin dalam mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.
Menurut Imam al-Ghazali ada beberapa jenis sifat sidq. Di antaranya ialah :
Benar pada lidah -menyampaikan suatu kenyataan atau berita menepati apa yang sebenarnya.
Benar pada niat -membuat sesuatu amal kebajikan kerana Allah.
Benar pada azam -Membulatkan tekad melakukan kebajikan seperti yang telah diazam.
Benar pada janji dan benar pada amal -Berusaha bersungguh-sunnguh supaya amalan lahirnya menepati dengan apa yang tersembunyi dalam dirinya.
BENAR Benar pada niat dan perbuatan, contohnya:
- Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi atau pun mengharapkan balasan. - Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji. - Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak mengelirukan.
-
Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

3. Amanah Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan. Ia merupakan asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara, dan roh kepada keadilan.
Nilai Utama Dalam Etika Kerja Sebagai Ibadah AMANAH; Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan,    Antara amalan amanah ialah;
- Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng dan cuai.
-
Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa.
- Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi.
-
Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya.- Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. 

4. Fatanah (Bijaksana) Bijaksana dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan menghindari perkara- perkara yang boleh mendatangkan ketidakpuasan, mengagihkan kerja mengikut keupayaan seseorang, menyampaikan arahan serta memelihara aib saudara seIslamnya yang lain.
BIJAKSANA Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan, seperti:
- Menggunakan segala potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah.
-
Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti.
-
Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengira perasaan dan emosi.
-
Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.
BERSYUKUR Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya; Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak. Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah. Tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa. Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi.
DEDIKASI Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti, contohnya;
- Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menerima tugas dengan tidak mencari helah. Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan.
-
Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti.
-
Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut.
-
Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.
IKHLAS Berhati suci dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, antaranya;
- Menerima tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada tanggungjawab.
-
Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain.
-
Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih.
-
Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka.
-
Saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.
PENYAYANG Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat, seperti;
- Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri.
-
Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk.
-
Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas.
-
Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh dengan kemesraan.
-
Bersifat simpati dan empati dalam tugas seharian.
Setiap warga Majlis Daerah Tanjong Malim hendaklah bertekad dan berusaha mempertingkatkan kualiti peribadi dan profesion. Mudah-mudahan setiap kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala dan diterima sebagai IBADAH.
Mudah-mudahan setiap pergerakan kita dari mula berdoa keluar rumah hingga kita pulang dikira sebagai ibadah dan amal soleh, rezeki yang diterima penuh keberkatan dan dapat menghindar diri dari bersifat culas dalam pekerjaan kerana konsep ihsan yang menjadi pegangan hidup kita.
KESIMPULAN Sebagai hamba Allah, amat penting untuk kita menyedari dan memastikan segala pekerjaan yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan, hanya semata-mata kerana Allah. Tidak terlintas di dalam hati untuk mengharapkan pujian, pangkat dan harta tetapi apabila dikurniakan Allah lantaran ikhlas dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, anggaplah ia merupakan kurniaan Allah yang menghargai hambaNya yang ikhlas sepanjang perjalanan hidupnya dalam menjunjung apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Ulasan

  1. Nice sharing..

    Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya.

    BalasPadam
  2. Kerja bila dilaksanakan dengan sepenuh hati niat kerana Allah dan mencari rezeki yang halal, insha Allah berjaya =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular