Puding Nenas Dan Laici

Hasil carian imej untuk resepi berasaskan laici

Bahan-bahan untuk Nanas : (No 1)
  • 3 cawan air ( bergantung kepada air/syrup dalam tin nanas - jika syrup dalam tin nanas dapat 2 cawan maka air biasa tambah 3 cawan )
  • 1 cawan gula
  • 200ml susu sejat/cair
  • 1 tin nanas
  • 10gram serbuk agar-agar
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung kastard
Cara-cara penyediaan :
  1. Masak air, gula dan serbuk agar-agar sehingga mendidih.
  2. Dalam bekas lain, Kisar susu cair, nanas ( termasuk air dalam tin nanas ), telur dan tepung.
  3. Bila adunan agar-agar sudah masak - masukkan adunan kisar.
  4. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Masukkan dalam bekas.
  6. Tunggu sehingga keras.
  7. Carik-carikkan permukaan atas dengan garpu.
Bahan-bahan untuk Laici :
  • 3 cawan air ( bergantung kepada air/syrup dalam tin laici - jika syrup dalam tin laici dapat 2 cawan maka air biasa tambah 3 cawan )
  • 1 cawan gula
  • 200ml susu sejat/cair
  • 1 tin laici
  • 10gram serbuk agar-agar
Cara-cara penyediaan :
  1. Masak air,gula dan serbuk agar-agar sehingga mendidih.
  2. Dalam bekas lain, kisar laici ( termasuk air dlm tin laici ).
  3. Tunggu sehingga adunan agar-agar mendidih baru masukkan bahan-bahan kisar
  4. Kacau sebati.
  5. Tutup Api.
  6. Biarkan bahan-bahan tadi dalam periuk sehingga wap hilang atau sejuk sedikit
  7. Bila wap dah hilang.
  8. Masukkan susu sejat dan kacau sebati.
  9. Tuang atas adunan nenas ( No 1 ) yang telah di Corak Carik.
  10. Sejukkan dan masuk dalam peti ais.
  11. Enak dimakan sejuk.

Ulasan

  1. bunyii macam sdaaap. nak cubaa laa.. akak, saya nak jmput akak cuci mata singgah blog saya,.. saya ada jual kain songkt sarawak.. harga murahh sangat... jmputlah datang... http://wanieseuk.blogspot.com/2016/01/songket-sarawak-preview-part-2.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular