Telco XOX di Hati

1. Mempunyai Dua Akaun dalam Satu Simkad : Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)

Berdasarkan maklum balas yang saya terima, ramai yang terkejut apabila pertama kali menggunakan Simkad ONEXOX. Terutamanya bagi mereka yang menggunakan Simkad ini dengan tujuan untuk menggunakan Internet berkelajuan tinggi.

Pertama kali mereka Topup, mereka berharap dapat terus menggunakan Internet seperti penggunaan Simkad yang pernah mereka gunakan sebelum ini.

Tetapi sebaliknya pula yang berlaku... Dah TOPUP, tapi masih tak boleh nak gunakan Internet..

Sebab dalam Simkad ONEXOX ada mempunyai dua akaun iaitu Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA). Ini antara keunikan Simkad ONEXOX berbanding Simkad-simkad lain yang terdapat dipasaran. Walaupun ianya agak melecehkan bagi sesetengah pengguna, tetapi cara ini ternyata dapat menjimatkan penggunaan kredit pada setiap bulan.

Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)? 

Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA. 


Perbezaan Caj panggilan dan SMS yang dikenakan pada akaun DA dan akaun MA

Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. 

Sekiranya anda kerap membuat panggilan telefon atau menghantar SMS, saya syorkan anda membuat agihat kredit yang betul pada akaun DA.  

Baki MA pula digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta berkongsi kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut. 

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu user lakukan setiap kali selepas TOPUP.
langkah-langkah yang perlu user lakukan setiap kali selepas TOPUP

Katakan anda TOPUP (Tambah Nilai) sebanyak RM30.00

1. SMS bal ke 22111
Contoh : Baki dalam akaun anda menunjukkan RM25.00 dalam akaun DA dan RM10.00 dalam akaun MA  

2. SMS trns da 20 ke 22111 (Pindahkan RM20.00 dari akaun DA ke akaun MA)
Selepas proses ini dilakukan, anda akan mendapati akaun DA berbaki RM5.00 manakala akaun MA berbaki RM30.00 untuk membolehkan anda melanggan data internet 1.5GB pada harga RM28.00



Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. 

Cara ini dapat membantu semua pelanggan ONEXOX melakukan penjimatan bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda. Rancanglah pembelian top up anda selepas ini!


2. Daftar 10 Nombor Family & Rakan Secara PERCUMA untuk mendapatkan Lebih Penjimatan

Bersama ONEXOX, anda boleh daftarkan 10 nombor Family & rakan secara Percuma untuk mendapatkan lebih penjimatan


Cara nak daftar FnF ada diterangkan dalam gambar di atas... Anda boleh ikuti langkah-langkah tersebut.

Sebagai contoh, anda nak daftarkan nombor ONEXOX saya sebagai salah satu nombor rakan anda.. 

a. Anda perlu taip FNF ADD 01138221589 dan hantar SMS ke 22111

b. Lepas tu anda taip FNF LIST dan hantar SMS ke 22111
Semak nombor saya (01138221589), ada tak dalam senarai tersebut?.

Ada? Kalau ada, sila delete balik... Daripada anda letak nombor Handphone saya, lebih baik anda letak nombor phone ahli keluarga anda dan juga rakan-rakan baik yang selalu anda hubungi.. ;)

Cara nak delete mudah sahaja..

c. taip FNF DEL 01138221589 dan hantar SMS ke 22111
Sekarang nombor phone saya dah tak ada lagi dalam senarai FNF anda.. Boleh semak balik dengan menggunakan cara yang saya kongsikan pada Tutorial b.

Dengan mendaftar 10 Nombor Family dan rakan ke dalam senarai anda ternyata dapat menjimatkan penggunaan telefon anda.. Dengan kadar panggilan 12 sen (6 sen + 6 sen) pada 1 minit pertama dan 2 sen /sms.


3. Internet Berkelajuan Tinggi

Bersama ONEXOX, anda boleh merancang kuota penggunaan internet yang anda perlukan pada setiap bulan atau hari berdasarkan kepada tahap kemampuan anda.

Berikut merupakan senarai Langganan Internet mudah alih yang boleh anda pilih. Tapi sebelum itu kena pastikan jumlah kredit pada akaun MA mencukupi untuk membuat langganan internet. 

Senarai Langganan Internet mudah alih yang boleh anda pilih

Terdapat Harga Promosi Internet mudah alih yang ditawarkan oleh ONEXOX iaitu pada kadar harga RM28.00/30 hari untuk 1.5GB, RM48.00/30 hari untuk 3GB dan RM58.00/30 hari untuk 4GB

Harga Promosi Internet mudah alih yang ditawarkan oleh ONEXOX

Ada dua cara nak langgan pakej promosi ini iaitu:
1. taip DATA PROMO1.5GB dan hantar SMS ke 22111
2. taip 1XD1.5 dan hantar SMS ke 22111
Contoh untuk langgan data 1.5GB pada harga RM28.00/30 hari. Kalau nak langgan data 3GB atau 4GB boleh gunakan cara yang sama cuma tukar 1XD1.5 kepada 1XD3 atau 1XD4.

Berikut pula saya sertakan sedikit tips untuk mengawal budget penggunaan internet anda pada setiap bulan, supaya lebih menjimatkan.



4. Peluang Memiliki sebuah Perniagaan dengan modal yang rendah  

Syukur Alhamdulillah.. kini saya sudah memiliki sebuah perniagaan setelah 2 bulan bersama ONEXOX

Terdapat 2 cara untuk menghasilkan pendapatan bersama ONEXOX iaitu sebagai:

1. Pengguna ONEXOX
- Mendapat Komisyen sebanyak RM1.00 setiap kali ada pengguna baru membeli simkad ONEXOX melalui link affiliate anda.
- Pelanggan berpeluang menjana pendapatan sampingan melalui platform UGU (User Get User). Mendapat komisyen TOPUP sebanyak 6% daripada nilai TOPUP, setiap kali pengguna yang anda perkenalkan melakukan TOPUP pada setiap bulan.

2. Sebagai Dealer ONEXOX
1. system full access
2. 10 keping simkad
3. eRecharge RM100 (Boleh menjual TOPUP ONEXOX)
4. layak hingga tier 4 (Pendapatan pasif pada setiap bulan)
    - tier 1 - 10% (pasif income)
    - tier 2 - 2% (pasif income)
    - tier 3 - 2% (pasif income)
    - tier 4 - 1% (pasif income)
5. TERUS BOLEH LANTIK DEALER (Insentif lantik dealer RM30)
6. Berpeluang menjadi Area Distributor sekiranya mencapai sasaran yang ditetapkan.
7. Untung runcit jualan sim kad (RM2.20/sim kad)
8. Laman  web promosi untuk mendapatkan User dan Dealer (Sekiranya mendaftar Di bawah rangkaian saya)
9. Berpeluang Layak ke tier 6 dengan aktivation KUMPULAN 50 user minima RM5 topup pada setiap bulan..

KENAPA KENA AMBIL PELUANG INI??
☆ Area Dealer/ Stokis Belum Ramai
☆ Ramai Nak Berjimat
☆ User dapat Manfaat bila Ajak orang jadi User
☆ Selagi orang topup, income tak putus.
☆ Modal seRendah RM90, Anda Dapat Stok dan Pendapatan Pasif.
☆ Sesiapa pun mampu. Simkad RM10 je. Kekalkan nombor dapat validity 28 bulan dan Topup ada dimana-mana walaupun customer melancong ke luar negara.
8) Berminat? Hubungi

Ulasan

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular