Ibu Ku Sayang Hari-Hari Hari Ibu

Tarikh Hari Ibu 2016 Malaysia

Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan ibu mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu Mungkin ada yang terlupa, sebagai makluman seperti tahun sebelumnya di Malaysia hari ibu akan disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei dan untuk tahun ini adalah pada 8 Mei 2016 Kenapa Perlu Sambut Hari Ibu? 

Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu, sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya, bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan serta mengembirakan ibu atau bapa Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut, sebaiknya lakukan perkara seperti berikut Sambutan yang sederhana dan tidak membazir Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya 

Ada Sesetengah Pendapat Mengatakan Sambutan Hari Ibu Adalah Haram Bagi Orang Islam Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang bermaksud hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka 
Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars


 Kesimpulan Selebihnya, penulis memang tidak layak untuk menghuraikan mengenai hukum sambutan Hari Ibu Terpulang kepada anda hendak sambut atau tidak. Jika mahu meraikannya hendaklah berlandaskan dengan Ilmu dan jangan main ikut sahaja apa orang lain buat

Ulasan



Catatan Popular