Tempat Yang Ibu dan Ayah Perlu Cium dan Gosok Anaknya

Image may contain: text

Mak Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium dan Gosok Anak-Anak
Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya.
Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?
Tu la keajaiban sentuhan dan ciuman!
Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang kita kena hafal.
1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
4. Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
PANTANG LARANG!
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 - 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!

Ulasan

  1. Awww memang sama la perasaan dengan maksud ciuman tu semua. Sebab anak masa kecil ni la rasa kasih, redha, bangga dan rindu sentiasa nampak apabila mereka lakukan sesuatu. Masa kecil mereka lebih suka buat perkara utk ambil hati ibu bapa. Harap sampai bila-bila dapat buat semua ni. Hehe

    BalasPadam
  2. ooo.. tips2 ni bgus untuk panduan de anak.. nk buat kat meow boleh x.. sebab cik en bujang lagi.. ahahaha

    BalasPadam
  3. baru tau tempat2 tertentu jika nak cium ank ada mkna tertentu,, hehehe.. baguslah sis share benda ni... sbb bukan stkt ibubapa je.. kdg2 org luar pon suka cium kanak2..hehe

    BalasPadam
  4. Pernah baca juga tentang ciuman ni. Semakin kerap kita belai mereka dengan penuh kasih sayang semakin lembut hati anak-anak. Tips yang baik moga dapat manfaat utk kita

    BalasPadam
  5. Dh besar ni bole tak nak suh mak ayah cium.. Nak cium anak xkawen lagi.. Hee

    BalasPadam
  6. terima kasih sudi berkongsi. tak pernah tahu pun setiap tempat tu ada maksud berbeza

    BalasPadam
  7. Tapi cium mulut tuh kan mcm mne eh nak cakap. Sebab anak anak sebelum tidur memang akan salam dan cakap selamat malam or good night. Anak yg kedua memg manja dengan saya. Memg dah jd rutin due sblm tidur akan salam saya dan cium bibir. Tapi cium sepantas kilat la..kucup camtu je pastu dah..leoas nih kena ubah kot..die nak cium hulur pipi jela

    BalasPadam
  8. Kita dengan abah sampai sekarang cium tangan, pipi, hidung... Kalau ayah jarang peluk anak, bila anak besar, anak jadi segan.. sekarang amalkan pada anak2 pula

    BalasPadam
  9. Betul-betul. Tapi kalau dah geram comel sangat tu, memang merata kena cium siap kena gigit lagi. Haha

    BalasPadam
  10. Baru tau ade maksud2 dia. Nad selalu la cium anak2 ni, bagi diaorg rasa disayangi. Lagi si akak, takut dia rasa disisihkan..

    BalasPadam
  11. Wah..rupanya ada maksud di setiap sentuhan pada anak..great sharing...selalu gak cium anak kat area2 tu..

    BalasPadam
  12. wahh bagus tips ni, i ni hari hari dok ceom anak anak sebab geram comel.. picit picit memang relieved stress tengok muka anak anak tak sangka dorang pun sayang mak tau

    BalasPadam
  13. Bagusnya tips macam ni..selama ni main cium je tak kira mana tempat yg dapat..tak kiralah pipi ke tangan ke dahi mata idung..semua cium mana dpat..hahaha.
    Nanti nak praktikkan pulaklah kat cucu..coz anak dah besar semua..kdg2 je leh cium

    BalasPadam
  14. terima kasih diatas perkongsian tips ni. banyak sebenarnya ibu-bapa kena belajar tentang bagaimana menjaga dan menguruskan anak dengan baik :-)

    BalasPadam
  15. Terima kasih atas tips yang diberikan. Boleh apply method ni dekat anak-anak.

    BalasPadam
  16. bagus tips ni..ciktom pun ada anak 2 bulan..ciktom suka cium kat dahi..hihi...

    BalasPadam
  17. Cheerss to the tips dear and this is very helpful to parents who are relatively new to how to care for their kids. Very informative :)

    BalasPadam
  18. Oh thanks..baru tau psal xleh kiss kt bibir tu...
    Tapi kita suka kiss anak2 kita dua2 org ni..geram btul

    BalasPadam
  19. Nice sharing boleh praktik pd anak-anak.. done follow blog =D

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular