Bantuan Tambahan BPN dan Geran Khas Prihatin

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah dengan keadaan penyakit berjangkit yang allah swt bagi dekat kita ini membuatkan kita semakin bersyukur kepadanya.Kerajaan sekarang pun banyak membantu kita sebagai rakyat Malaysia dengan memberi pelbagai sumbagan tidak kita dari segi apa pun..



antara salah satu sumbangan buat kita rakyat malaysia adalah BPN 2.0 Bantuan Prihatin Nasional  merupakan bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 tujuannya adalah untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19. Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini. 

persoalan untuk semua

                                                     1. Siapakah yang layak menerima BPN 2.0?                                                  Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020sebelum ini. 

                                                     2. Adakah saya perlu membuat permohonan BPN 2.0?                                  Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

3. Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0? Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 – 15 November 2020 (1 bulan).



Selain itu kerajaan juga memberi Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) kepada permohonan bantuan secara one-off yang boleh anda buat jika anda merupakan dari Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro dengan jumlah RM3000 untuk meringankan kewangan perniagaan disebabkan wabak covid 19 ini.

Syarat GKP 2.0

Untuk pemohon GKP 2.0 nanti, anda mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut.

  • Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana
    (PKS) mikro seperti berikut:
    i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
    RM300,000; dan
    ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak
    termasuk pemilik; dan
  • Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum
    atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
    ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
    Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 secara one-off

 

Geran Khas Prihatin RM3000
geran khas prihatin

Cara Buat Permohonan

Cara untuk anda membat Semakan mudah sahaja

geran khas prihatin
  • Pergi ke Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP sahaja.
  • Permohonan secara manual tidak akan diterima
  • Permohonan GKP 2.0 dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan) Apply luar dari tarikh ni belum dibuka
untuk lebih info anda boleh ke website berikut :-

Ulasan



Catatan Popular