Produk Baru Cosmoderm Perfect Balanced Berwarna Pink

 Produk Baru Cosmoderm Perfect Balanced Berwarna Pink


wahhh u all dah cuba ka produk baru keluaran cosmoderm ni PERFECT BALANCED bermerah jambu nampak cantik dan sangat memikat hati.Bila dah guna pakai di muka hati berkata WOW membuat muka kita semakin hari semakin glowing taw sebab apa produk ini mempunyai bahan rumusan prebiotik dan juga calamine.

Apa yang best dan baik sangat dengan rumusan PREBIOTIK dan CALAMINE ni kerana

Prebiotik:
Prebiotik dari sudut kecantikan dapat membantu mencerahkan kulit dan  menyeimbangkan ekosistem mikrobioma kulit dan memberi perlindungan yang konsisten.

Calamine:
Calamine pula berfungsi meredakan kegatalan dan iritasi pada kulit. Selain itu dapat mengurangkan masalah kulit berminyak dan kemerahan. Ianya juga memberi perlindungan kulit akibat pendedahan pengcahayaan matahari.


Di dalam kotak pink yang comel itu mempunya 1 set asas Cosmoderm Perfect Balanced yang terdapat 4 produk dengan mengikut 4 langkah penggunaaan yang simple ja cuma calit2 sapu aja di muka.

 Antara produk tersebut adalah:-



1. Foaming Cleanser
    Perfect Balanced Foaming Cleanser ini diformulasi dengan bahan yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Produk ini Ianya bebas paraben, fragrance, SLS / SLES danpewarna tiruan. Kebaikan produk ini adalah dapat membersihkan wajah secara 'deep clean' sekaligus menghapuskan kotoran dan celaan pada wajah kita. Ianya juga dapat mengurangkan masalah minyak berlebihan di muka.



2. Toning Lotion
    Seterusnya kita gunakan Perfect Balanced Toning Lotion. Ianya adalah dalam berbentuk cecair berwarna mereah jambu. Diformulasi dari calamine dan juga 20,000ppm prebiotik yang dapat melegakan masalah kemerahan, merangsang keupayaan fungsi penyerapan kulit dan melembap. Selain itu produk ini juga dapat meningkatkan pertahanan semulajadi dengan mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit. Paling penting ianya selamat digunakan bebas paraben, pewarna dan pewangi tiruan.




3. Soothing Wow Cream
  Langkah ketiga, kita gunakan Cosmoderm  Perfect Balanced Soothing WOW Cream bagi tujuan untuk melembapkan wajah. Sememangnya WOW kerana produk ini dapat memberi 3x peningkatan kelembapan kulit, mengembalikan kelembapan kulit yang hilang serta dapat mengurangkan cela pada permukaan kulit.
Diformulasikan dengan calamine pekat dan 30,000ppm bertujuan untuk memeri kelegaan kepada kulit dan memperbaiki  daya ketahanan kulit


4. SunMilk SPF 25 PA ++
 Produk terakhir adalah Cosmoderm Mineral Sun Milk dengan SPF25PA++ . Sememangnya berfungsi untuk melindungi kulit daripada kesan sinar UVA dan UVB.Produk ini mampu meningkatkan perlindungan terhadap kulit terutama sekarang cuaca yang agak panas. Ini bagi mengekalkan kecerahan kulit selain daripada mengatasi masalah seperti kerengsaan kulit, sunburn dan sebagainya

Hasil dari penggunaan seminggu produk ini nampak perubahan kepada kulit wajah saya yang semakin sihat dari sinar uv.Maklum la usi lagi 2tahun nak ke angka 4series kan anak pun dah 5 orang hihii so kulit wajah pun nak juga bebas dari kotoran so saya dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit saya lpeas ni kena terus la dengan produk ni awesome gitu..



Dimana boleh didapatinya hahaha ANDA..

Boleh dapatkan produk Cosmoderm Perfect Balanced  di semua rangkaian farmasi berdekatan termasuk di Watsons, Guardian dan Aeon Wellness. Selain itu boleh juga didapati di platform atas talian seperti  www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Offical Store.

Keterangan lanjut boleh layari :-


Ulasan



Catatan Popular