Alhamdulillah nak aktif bali blog dah lama menyepi...

hai u all dah lamam menyepi huhuu tak dak masa wehhh sedar masuk bulan 2 dah tahun 2023 macam masa mencemburui ja huhuu..tak lama lagi puasa pula menjelma harap allah swt bagi kita sihat selalu di murahkan rezeki..






Doa murah rezeki harus diamalkan oleh setiap muslim terutamanya untuk mereka yang mahu berjaya dalam setiap perusahaan yang dibangunkan. Terutamanya bagi mereka yang bergelar usahawan.

Sebenarnya ada satu rahsia yang patut kita amalkan secara konsisten dalam kehidupan. Nak tau apa dia? D.O.A. Sungguh hebat kuasa doa ini .

Banyak doa murah rezeki yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Jom amalkan setiap hari dalam kehidupan kita dengan zikir dan doa harian di bawah:

لَا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

“Ucapkanlah: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ kerana ia adalah diantara khazanah syurga”. [Sahih, al Bukhari] Dan banyak kelebihan yang boleh didapati apabila kita membaca kalimah tersebut.

سُبْحَانَ اللَّهِ ، وبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

“Dua kalimah yang ringan ke atas lisan, dicintai oleh al Rahman, dan berat dalam timbangan Mizan:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ” [Sahih, al Bukhari & Muslim]

Baca Surah Al-Ikhlas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

Selawat Ke Atas Nabi

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sentiasa Beristighfar

أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيم

Doa Dimurahkan Rezeki

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kamDan semoga kami dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan diberkati-Mu .

Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.

Semoga Allah memakbulkan doa kita semua. Aamiin!

Ulasan



Catatan Popular