perginyer seniman Dato Aziz Sattar tidak akan kembali lg.....

 
al fatihah untuk beliau
  
Bintang lagenda Dato' Aziz Sattar yang memulakan kerjaya seninya sebagai pelakon dan merupakan teman seangkatan seniman  negara, Tan Sri P.Ramlee pada zaman kegemilangan dunia perfileman di Jalan Ampas pada era 60-an telah meninggal dunia sekitar jam 2 pagi tadi.
Berita kematian Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez Satta yang selama ini lebih mesra dikenali sebagai Pak Ajis telah disahkan sendiri oleh cucu kandungnya, Abu Ubaidah A.Ishak menerusi akaun twitter peribadinya.
Dia yang baru sahaja dimasukkan ke hospital Kajang kira-kira jam 10 malam semalam akibat serangan jantung. Sebelum ini  Pak Ajis dikatakan mengadu mengalami sakit dada sebelum rebah akibat serangan jantung ketika berada di rumah salah seorang anaknya.
Pak Ajis yang sebelum ini sering membintangi filem-filem komedi bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee turut diingati melalui penampilannya bersama  S Shamsuddin melengkapkan trio yang tak mungkin ada gantinya iaitu siri Bujang Lapok.
Di usia 88 tahun, Pak Ajis yang dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia ini telah meninggal dunia akibat sakit jantung yang dihidapinya selama beberapa tahun
 aziz sattar dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung

Ulasan

  1. Very quickly this web page will be famous among all blogging viewers, due
    to it's nice posts

    Also visit my blog post: fifa 14 coins generator

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular